Akak still sedih lagi coz terkejut bila germany kalah.Tak sangka sungguh pasukan yg anje akak minat ni boleh kalah. Yang paling akak sedih ialah bila badboy Balotelli (akak tak suka stail rambut dia tu..sakit mata bila tengok) yg hancurkan impian akak nak tengok spain and germany ke final.....but that is life, whatever can happen to us kan, sebab kita tak tahu apa yg akan berlaku di masa akan datang.
Sebenarnya , bila diamati hidup kita ni macam lah football games tu jer. Bila wisel ditiup, kita akan start bermain dan berusaha menjaringkan gol. Dalam football kene ada team work barulah best, kalau stakat nak tunjuk skill individu mmg tak akan ke manapon.mana ada seorang player boleh kontrol bola sorang2 satu padang tu...kalau nak tunjuk skill macam tu, baik la main golf atau masuk gymnastik jer. Players akan berusaha untuk menjaringkan gol dan mencapai kemenangan. Dan itulah yg sepatutnya kita buat dgn kehidupan kita. Kita mesti berusaha selagi ada nafas dan kudrat yg diberikan Ilahi. Andai ada pemain yg jatuh...mesti dia akan bangun semula dan kejar bola balik kan? tak pernah akak tengok player yg bila jatuh...terus jer baring kat situ sampai habis masa ( lain la kalau dia kene terjah teruk2) Player yg pro mesti akan bangkit semula dan teruskan usaha. Kita jg mesti begitu...kalau hari ni kita gagal, jgnlah kita give up dan sedih2. Kita kene teruskan hidup kita dgn azam dan semangat yg baru.
Cuba kita tengok football players...selagi wisel tak bunyi, selagi tulah mereka akan berusaha utk jaringkan gol.Selagi masa belum tamat, selagi itu lah mereka berlari keliling padang kejar bola dan cari peluang utk jaringkan gol. Kita jg mesti cari dan gunakan semua usaha yg ada utk mencapai kejayaan. Tak adalah pulak bola boleh masuk dlm gol dengan sendirinya...kejayaan kita jg tak akan datang ke pangkuan kalau kita tak usaha. Football juga ialah game yg perlukan teamwork. Setiap player ada tugas tertentu..keeper of course la kene jg gol, takkan keeper pun kene jd striker ...letih la dia nak jg gol and lepas tu nak lari sana -sini nak sumbat gol plak. Defender, striker dan keeper ....semua players bertanggungjawab utk memastikan pihak lawan tak berjaya tembusi pertahanan dan jg mencari gol kemenangan...Maknanya dlm hidup ini kita mesti kene terima hakikat bahawa kita perlukan bantuan orng lain jg utk berjaya. Tidak ada kejayaan yg diraih secara bersendirian. Oleh itu hargailah setiap orang yg ada di sekeliling kita...maybe hari ni kita tak nampak apa sumbangan dia terhadap kita..tapi bila kita kehilangannya, baru kita tau dan akan hargai dia.
Hidup ini perlu kita teruskan hingga ke nafas yg terakhir. Selagi kita mampu, kita mesti berusaha. Dan apabila sampai masa kita akan dipanggil utk mengadapNya.Sebelum wisel penamat ditiup,kita mesti berusaha menjaringkan gol. Andai kita telah berusaha namun masih kalah dlm perlawanan itu, sekurang2nya kita tahu kita telah berusaha....hargailah setiap peluang yg ada, jgn cepat putus asa, setiap kejadian itu hanya Allah saja yg tahu rahsiaNya....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.