Monday, 14 November 2011

exam fever....

Today, Isnin, 14 November...dah start SPM. Bagi calon2 yg dah ready tu memang tak akan ada masalah tapi untuk orng2 yang tak sedia tu....macam rasa nak pengsan jer bila tengok soalan.Hari ni soalan BM, ramai yg kata BM ni senang tapi bagi akak BM ni lah yang paling susah.( sebab tu akak ajar BI ..hehehe).Bm ada macam2 rules, macam2 bentuk ejaan...akak memang pening bila nak buat esei dlm BM ni. Masa sekolah dulu, akak ni selalu gelabah bila nak jawab soalan BM...tapi Alhamdullillah,nak tulis dalam BI tak pulak macam tu. Akak ni suka kalau benda2 yg western ni...akak suka dengar english songs, baca pun english novels.Bukan akak tak patriotik macam yg dikatakan oleh hubby akak tapi akak rasa baca english novel lebih senang.
Akak harap budak2 tu dapat la jawab dengan tenang...ye la nak pikir pasal exam, pasal harapan tinggi mak ayah dan nak pikir tentang pandangan orng keliling lagi.Bukan senang nak jadi remaja zaman teknologi ni.Tambah2 pulak zaman IT yang terlalu banyak dugaannya.Bak kata mat salleh ..world withour borders.Persaingan terlampau sengit..nanti nak kene bersaing pulak dengan bangla, vietnam dan nepal untuk keje.
Hidup ni bukannya senang nak senang dan bukan jugak susah nak susah...yang penting kita ada kemahuan dan sanggup berusaha.Kalau kita tanam jagung...kita akan dapat jagung la, tak pernah pulak orang tanam jagung dapat buah durian.  Usaha menuntut kesabaran dan ketekunan kita. Hasil usaha kita tak akan muncul dalam sekelip mata...ibarat kata tidak ada short cut untuk berjaya. Akak harap orang muda2 ni akan sanggup bersusah payah dan berusaha supaya mereka ada masa depan yang lebih baik. kalau kita tak tolong diri sendiri...saper la yang nak tolong kita kan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.