Thursday, 17 November 2011

bukan nasibnya...

Hari ni result UPSR keluar.....ramai la mak ayah yang berdebar2 nak tau result anak masing2. Akak pon dah pernah mengalaminya dulu. Memang tensen bila nak tunggu result ni. Kadang2 tu mak ayah yang terlebih nervous, anak2 rilek jer. Tahun depan giliran akak pulak nak pening coz anak akak akan ambil SPM dan UPSR. Boleh tekanan bila memikirkan kerenah anak2 ni.
Semua mak ayah mahukan yang terbaik untuk anak2 tapi tapi kita juga kene ingat...anak2 tu bukan kita. Akak rasa kesian kat bebudak sekolah zaman skang ni...apa taknyer, pagi pergi sekolah balik rehat pas tu kene pergi sekolah petang pulak, malam mengaji, buat homework....tak ada masa nak main langsung.Tu belum lagi yang kene pergi kelas muzik la, karate, silat, tusyen dan macam2 kelas lagi yang mak ayah hantar. Rasa macam bebudak tu hilang keseronokan zaman kanak2 kan. Akak dulu bising juga la bila anak akak dah dapat 5A macam yang akak harapkan, tapi anak akak dah menyedarkan akak yang manusia ni tak sama.Tak semestinya anak doktor akan pandai macam ayah atau mak dia, tak semestinya juga anak cikgu akan pandai macam cikgu...
Apa yang akak belajar dari pengalaman ialah kita tak boleh memaksa anak2 kita untuk memenuhi impian kita sebagai mak ayah. Anak2 juga ada kehendak dan impian sendiri.Kemampuan dan tahap kepandaian kita adalah berbeza...so kita kene belajar menerima hakikat yang anak2 kita tak semestinya ikut jejak langkah kita. Sebagai mak ayah kita kene terima anak kita seadanya, itu adalah amanah Allah untuk kita. Baik buruk mereka...tetap anak kita dunia dan akhirat. Peganglah tangan anak2 kita di sepanjang jalan hidupnya...kalau mereka terjatuh, kita bantu mereka untuk bangun.Kalau mereka tercedera, kita ubatkan luka mereka, kalau mereka gagal, kita berilah dorongan dan harapan. Janganlah kita sekali2 berputus asa terhadap anak2 kita...jangan sekali2 kita lepaskan tangan kita dari genggaman mereka.Berilah mereka kasih sayang yang berpanjangan, tanpa sebarang syarat untuk dipenuhi.S
Semoga dengan doa dan kasih sayang kita, anak2 kita akan jadi orang2 yg berguna kpd bangsa, agama dan negara, anak2 yang soleh dan solehah, yang mampu membahagiakan kita di dunia dan akhirat.

Monday, 14 November 2011

exam fever....

Today, Isnin, 14 November...dah start SPM. Bagi calon2 yg dah ready tu memang tak akan ada masalah tapi untuk orng2 yang tak sedia tu....macam rasa nak pengsan jer bila tengok soalan.Hari ni soalan BM, ramai yg kata BM ni senang tapi bagi akak BM ni lah yang paling susah.( sebab tu akak ajar BI ..hehehe).Bm ada macam2 rules, macam2 bentuk ejaan...akak memang pening bila nak buat esei dlm BM ni. Masa sekolah dulu, akak ni selalu gelabah bila nak jawab soalan BM...tapi Alhamdullillah,nak tulis dalam BI tak pulak macam tu. Akak ni suka kalau benda2 yg western ni...akak suka dengar english songs, baca pun english novels.Bukan akak tak patriotik macam yg dikatakan oleh hubby akak tapi akak rasa baca english novel lebih senang.
Akak harap budak2 tu dapat la jawab dengan tenang...ye la nak pikir pasal exam, pasal harapan tinggi mak ayah dan nak pikir tentang pandangan orng keliling lagi.Bukan senang nak jadi remaja zaman teknologi ni.Tambah2 pulak zaman IT yang terlalu banyak dugaannya.Bak kata mat salleh ..world withour borders.Persaingan terlampau sengit..nanti nak kene bersaing pulak dengan bangla, vietnam dan nepal untuk keje.
Hidup ni bukannya senang nak senang dan bukan jugak susah nak susah...yang penting kita ada kemahuan dan sanggup berusaha.Kalau kita tanam jagung...kita akan dapat jagung la, tak pernah pulak orang tanam jagung dapat buah durian.  Usaha menuntut kesabaran dan ketekunan kita. Hasil usaha kita tak akan muncul dalam sekelip mata...ibarat kata tidak ada short cut untuk berjaya. Akak harap orang muda2 ni akan sanggup bersusah payah dan berusaha supaya mereka ada masa depan yang lebih baik. kalau kita tak tolong diri sendiri...saper la yang nak tolong kita kan.

Sunday, 13 November 2011

hello, hello

Today...akhirnya tercapai juga cita2 akak nak ada blog dgn bogger ni. Akak dah ada satu blog dgn wordpress, so nak la try dgn blogger plak.Blog ni bukan utk apa...just saja jer suka2 nak share ideas dengan sesaper yg sudi. Akak tak kisah pun ada orang nak visit atau tak blog akak ni...yg penting i have something to do when i am depressed.As akak ni orng yg extrovert...i need to vent out my anger and frustration .Akak tak suka memendam rasa...boleh giler and sakit jiwa.So, dengan adanya blog ni boleh la akak meluahkan perasaan gitu...Selama ni akak selalu ada idea nak tulis tapi malas nak catit dalam buku.Member2 kata akak ni boleh jadi novelis coz banyak idea( akak ni memang suka bercakap sebenornya...maklum jer dah keje akak macam tu).Jadi utk masa depan yg lebih gemilang....akak akan try untuk menulis setiap hari...
Last but not least...kalau ada sesaper yg ada masalah ke, nak share citer dia ke boleh jer buat kat blog akak ni.Bak kata orang tua...kawan biar beribu, musuh jangan ada walaupn satu...